Kuih Seri Muka
Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka

Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia. Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.